Thursday 29 July 2010

MASJID AL-MUHAJIRIN DISERBU

25hb Julai 2010-Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya.

Seramai 256 orang pelajar di sekitar Kuching telah menghadiri Kem Aulad Bestari Siri 3/2010 yang diadakan di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya.

Program yang bertemakan "JOM PUASA" adalah kerjasama KRJ IKRAM Kuching dengan AJK Masjid Al-Muhajirin.

Sehingga pukul 8.30 pagi meja pendaftaran sesak dengan peserta dan ibu bapa yang hendak mendaftar.

Jika diikutkan..masih ramai yang ingin menyertai program KAB kali ini..tetapi apakan daya...

Pendaftaran dibuka pada pukul 7.30 pagi, namun begitu seawal pukul 7.00 pagi ramai peserta sudah membanjiri Masjid Al-Muhajirin.

Aktiviti mewarna dimulakan kepada semua anak-anak. Gambar yang diperlu diwarnakan adalah tentang Palestin. Pandai anak-anak ini mewarna sebab ada hadiah untuk kategori mewarna.

Anak-anak ini diceritakan juga tentang puasa Ramadhan yang hampir tiba.

Aktiviti selesai pada pukul 1.30 tghr selepas solat zohor.

Terima kasih kepada semua Moderator & Fasi yang terlibat. Juga kepada AJK Masjid Al-Muhajirin dan tidak lupa kepada sumbangan peribadi ahli qariah masjid.

Promosi berjalan dengan baik

Dari Sek. Keb Petrajaya + Sek. Keb Matang Jaya + Sek Keb Gita 1 & 2 serta banyak lagi...

Meriah dengan pelbagai karenah kanak-kanak...

Mujur dewan masjid luas....

Anak-anak harapan ibu bapa..

Penyampaian hadiah oleh Timb Pengerusi Masjid Tn Hj Mejar Sulaiman (bersongkok)

Kami akan datang lagiiii.......


Insyaallah... jumpa lagi di Kem Aulad Bestari yang akan datang dengan tema dan aktiviti yang lebih menarik!

Thursday 15 July 2010

KEM AULAD BESTARI SIRI 3/2010

MALAM NISFU SYAABAN


TARIKH :
26HB JUN 2010 ( PETANG ISNIN )
BERSAMAAN 14 SYAABAN 1431H

SEMUA DIJEMPUT HADIR

QIAMULLAIL BULANAN


TARIKH :
17HB JULAI 2010 ( SABTU )
BERSAMAAN 5 SYAABAN 1431H

JAM : 3.00 PAGI

IMAM : AL-FADZIL USTAZ HASHIM BIN MAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Saturday 3 July 2010

CERAMAH ISRAK MIKRAJ


TARIKH :
09HB JULAI 2010 ( JUMAAT )
BERSAMAAN 26 REJAB 1431H

JAM : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

PENCERAMAH :
AL-FADZIL USTAZ HJ KHALIDI BIN HJ IBRAHIM
(KETUA PENOLONG PENGARAH JAIS)

SEMUA DIJEMPUT HADIR