UTAMA

Masjid adalah lambang syi‘ar Islam dan juga merupakan pusat

keagamaan yang menghubungkan antara hamba dengan

Penciptanya. Pembinaannya yang menyita gairah dan perhatian

besar menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dan

agung bagi umat Islam. Masjid bukan sahaja pusat ibadat

khusus seperti sembahyang dan i‘tikâf tetapi mempunyai

peranan yang lebih luas. Bahkan di suatu ketika dahulu masjid

pernah menjadi pusat pemerintahan, kebudayaan, mu‘âmalah,

dakwah Islamiah, aktiviti kebajikan dan pendidikan umat Islam.
 
Peranan Masjid Di Zaman Rasulullah

Pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, kemajuan

umat dan gerakan Islam, semuanya bermula dari masjid. Masjid

telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang

dan merancang strategi dan tidak terbatas hanya di bidang

dakwah, bahkan perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu

dan pelbagai lagi. Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wasallam berhijrah ke Madinah, perkara pertama yang

dilakukan oleh Baginda ialah mendirikan sebuah masjid

(Masjid Quba') untuk dijadikan tempat ibadah dan pusat

kegiatan Islam. Masjid ini adalah masjid pertama pada zaman

awal perkembangan agama Islam.

Setibanya Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

di Madinah, Baginda telah mengambil beberapa langkah

yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh

di kalangan penduduk Islam Madinah. Antara langkah-langkah

segera yang diambil oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wasallam ialah mendirikan masjid, yang kemudian terkenal

dengan nama Masjid an-Nabawi. Bermula dari sinilah terpancar

cahaya Islam, pancaran ilmu, keharmonian, ihsan dan

ketinggian akhlak umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Di samping itu Baginda telah menjadikan masjid sebagai pusat

ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi

gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat

menuntut hak dan keadilan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta

pusat hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.

Oleh yang demikian fungsi masjid ketika itu amat besar dan

sangat dominan. Ia melambangkan panduan dalam urusan dunia

dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya

digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

melalui peranan dan fungsi masjid.
 
Peranan Masjid Masa Kini

Apabila kita menyebut perkataan masjid, maka spontan

di fikiran kita terbayang tempat umat Islam bersembahyang

jemaah dan sembahyang Jumaat, diadakan kelas-kelas fardhu

‘ain, ceramah dan syarahan agama terutama sempena

menyambut perayaan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid

ar-Rasul, Hijrah, Isrâ’ dan Mi‘râj, sembahyang Tarâwih dan

lain-lainnya. Kebanyakan masjid masa kini dibina dengan

bentuk seni bina yang indah dan menarik, alat-alat kelengkapan

yang moden; interiornya lengkap dengan hamparan permaidani

yang indah, dan dihiasi ukiran dan tulisan ayat-ayat al-Qur’an

serta hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
 
Sebenarnya, kejayaan sesebuah masjid itu sangat bergantung

kepada sejauh manakah peranan dan fungsi yang dijalankan

olehnya, lebih-lebih lagi setakat manakah sesebuah masjid itu

dapat menarik masyarakat Islam di sekelilingnya untuk

beribadat dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikan dan

kebajikan masyarakat. Antara peranan yang perlu dilakukan

oleh masjid untuk masyarakat cemerlang ialah:

i. Menyusun Struktur Kerja Masjid

ii. Imam Yang Ideal

iii. Menyatukan Umat Islam

iv. Menghidupkan Semangat Mesyuarat

v. Memperkukuh Aqidah Umat

vi. Institusi Keislaman, Pelajaran, Kemasyarakatan dan

Kebajikan

vii. Mempererat Kerjasama Antara Umat

“Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah at-Taubah:18)